Friday, March 18, 2011



بسم الله الرحمن الرحيم




Ertinya : Ya ALLAH..Perbaikilah urusanku, tetapkanlah aku dengan perkataan yang tetap teguh di dunia dan akhirat.




بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليکم

Daripada Abu Hurairah r.a. menyatakan, bahawa Rasulullah s.a.w. berbicara pada suatu hari sedangkan di sisinya ada seorang lelaki Badwi, mafhumnya: " Seseorang daripada ahli syura meminta izin daripada Tuhannya untuk menanam. Maka ALLAH bertanya: " Bukankah kamu memperoleh apa yang kamu inginkan?" Ia menjawab: "Benar tetapi aku ingin menanamnya." Ia pun segera menabur benih, lalu segera pula tumbuh dan besarnya seperti gunung. Lalu ALLAH S.W.T berfirman yang bermaksud:
"Mendekatlah wahai anak Adam, sesungguhnya tidak ada sesuatu pun yang mengenyangkanmu."

Orang Badwi itu mengatakan, "Wahai Rasulullah s..a.w. , engkau tidak menjumpai hal ini kecuali pada kaum Quraisy dan Ansar, sebab mereka bercucuk tanam. Sedangkan kami bukan orang yang bercucuk tanam." Mendengar hal itu, Rasulullah s.a.w. tertawa.
(Riwayat al-Bukhari- hadis sahih)

~Sumber daripada -Majalah Solusi- ~


;;

الأسرة السعيدة

Font updated, please click 'Generate Code' again!. Powered by Blogger.