Monday, June 14, 2010

5 Syarat Untuk Membuat Maksiat

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليکم

Suatu hari ada seorang lelaki yg menemui Ibrahim bin Adham(Aba Ishak). Dia berkata: ''Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.'' Setelah mendengar perkataan Aba Ishak berkata: ''Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat.'' Lelaki itu dengan tidak sabar bertanya, ''Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?'' Ibrahim bin Adham berkata:

SYARAT PERTAMA: ''Jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-Nya.'' Mendegar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata: ''Dari mana aku mahu makan? bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?'' ''ya!'' tegas Ibrahim bin Adham. ''kalau kamu sudah memahaminya, masih mahukah memakan rezeki-Nya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?'' apakah syarat keduanya?'' soal lelaki tersebut. lantas Aba Ishak menjawab:

SYARAT KEDUA: ''kalau kamu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya.''
syarat ini membuat lelaki itu terkejut separuh mati. Ibrahim menjawab:

SYARAT KETIGA: kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihatoleh-Nya.
lelaki itu kembali terperanjat dan berkata: ''wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? mana mungkin Allah tidak melihat kita?'' ''ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?''kata Ibrahim. lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yg keempat.Ibrahim melanjutkan:

SYARAT KEEMPAT: ''kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, ''ketepikan kematianku dulu. aku masih mahu bertaubat dan ,elakukan amal soleh.'' kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan tersedar lau berkata:''wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?'' ''wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?'' ''baiklah, apa syarat yang kelima?'' Ibrahim pun menjawab"

SYARAT KELIMA: ''kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di Hari Kiamat nanti jangan engkau ikut bersamanya.''
perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. dia berkata: ''wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahi. air matanya bercucuran. "mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah'' katanya sambil teresak-esak.


Wednesday, December 23, 2009

DOA KESEJAHTERAAN..

بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah, kami mohon kepadaMu, agar diperelokkan agama yang menjadi pegangan urusan hidup kami, dunia yang menjadi tempat sementara hidup kami, akhirat yang menjadi tempat kami akan kembali, jadikanlah hidup ini untuk menambahkan kebaikan dan mati kami untuk merehatkan diri dari segala keburukan.
Ya Allah, perbaikilah diri antara kami, jinakkanlah antara hati kami, tunjukkanlah kami jalan yang selamat, selamatkan kami daripada kegelapan kepada yang terang, jauhkanlah kami daripada perbuatan keji, baik yang nampak, mahupun yang tersembunyi, ya Allah, limpahkan keberkatan kepada kami, pendengaran dan penglihatan kami, para isteri dan anak-anak kami, sahabat handai dan rakan taulan kami serta pemimpin kami yang telah berjasa kepada kami.


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليکم

Daripada Ibnu ‘Umar radhiallahu ‘anhuma berkata: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam berhadap kepada kami (pada suatu hari) lalu beliau bersabda: “Wahai kaum Muhajirin, 5 perkara jika kamu telah ditimpakan bala dengannya (jika kamu telah mengerjakannya), maka tiadalah kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah Ta’ala, semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkata itu ialah:

1. Tidak nampak perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani melakukannya secara terang-terangan, kecuali mereka akan ditimpa penyakit taun yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.
2. Dan tiadalah mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan ditimpakan bala dengan kemarau dan kesusahan mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.
3. Dan tidaklah mereka menahan akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiadalah binatang (yang hidup di permukaan bumi ini) sudah pasti mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah Ta’ala.
4. Dan tiadalah mereka memungkiri janji Allah dan rasulNya kecuali Allah akan menjadikan musuh mereka menguasai mereka, maka musuh itu akan merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.
5. Dan apabila pemimpim -pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Qur’an dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (disaat itu) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri”





;;

الأسرة السعيدة

Font updated, please click 'Generate Code' again!. Powered by Blogger.